Sejarah Kampung

Sejarah Kampung Sri Makmur
Sejarah Kampung : Kampung Sri Makmur diwujudkan akibat dari banjir besar yang berlaku di seluruh semenanjung pada tahun 1971. Pada asalnya kampung Sri Makmur atau dahulunya "Kampung Sungai Lengkor" adalah terdiri dari penduduk di persisiran sungai Pahang seperti Kampung Rambai Sebunga, Kampung Sungai Pinang, Kampung Mentagan, Kampung Serdang, Kampung Sepadang, Kampung Sungai Duri, Kampung Salong dan Kampung Belimbing. 

Perpindahan pertama menduduki perumahan Banjir dan Peringkat Satu. Bagi peserta Peringkat Dua adalah terdiri dari penduduk daripada 22 buah kampung Daerah Pekan dan Maran.

Nama asal perkampungan Sri Makmur adalah "Kampung Sungai Lengkor" yang diambil sempena dari nama sebatang sungai di situ. Pada tahun 1974 Allayarham Tun Abdul Razak telah mengilhamkan nama baru Kampung Sungai Lengkor kepada Kampung Sri Makmur. Perletakan tanda nama Kampung Sri Makmur telah disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang pada masa itu, Dato' Rahim Bakar pada ogos 1974.