Kemudahan Asas Di Homestay Felcra Sri Makmur














Dewan Orang Ramai
Dewan Orang Ramai ini mampu menampung seramai lebih kurang 500 orang untuk pelbagai acara atau majlis. Dewan ini dilengkapi pentas yang agak luas serta mempunyai gelanggang badminton untuk riadah.














Bengkel Kereta
Homestay ini turut menyediakan kemudahan bengkel untuk sebarang kenderaan termasuk juga bas. Ini akan menambahbaikan kemudahan sedia ada di sini. Pengunjung tidak perlu bimbang jika mempunyai masalah dengan kenderaan mereka untuk perjalanan baik yang lebih selesa. Harga juga sangat berpatutan dengan mutu servis yang diberikan.














Bilik Mesyuarat JKKK
Bilik Mesyuarat JKKK ini biasanya boleh disewa oleh pihak yang mengadakan program di Homestay Felcra Sri Makmur untuk perbincangan sesama urusetia @ ajk sesebuah program bagi melancarkan perjalanan program tersebut atau ianya juga digunakan untuk sesi perbincangan rundingan harga untuk Homestay Felcra Sri Makmur di mana kami menyediakan tempat yang selesa untuk tujuan perbincangan dan mesyuarat.















Barisan Kedai Bengkel Motosikal, Restoran dan Kedai Runcit
Dengan adanya beberapa pilihan Kedai Runcit, Restoran Makanan dan Bengkel Motosikal, sebarang keperluan diri ketika anda berada di sekitar Homestay Felcra Sri Makmur tidak perlu dikhuatirkan.














Medan Infodesa
Kebanyakan pengunjung yang datang juga masih memerlukan sambungan internet samada menggunakan wifi atau boleh menyewa komputer yang terdapat di Medan Infodesa. Kadar sewa yang berpatutan serta kemudahan wifi percuma ditawarkan di sini. Walaupun waktu urusniaganya terhad sehingga jam 6.00ptg tetapi jika ada pengunjung yang menjalankan program, tempoh perkhidmatan Medan Infodesa boleh dilanjutkan atas permintaan.














Klinik Desa
Klinik Desa di sini mempunyai jururawat yang boleh bertugas selepas waktu kerja dengan kerjasama daripada ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk membantu sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingin ketika sesuatu program dijalankan di sekitar Homestay Felcra Sri Makmur

 
Balairaya Orang Asli
Balairaya ini biasanya digunakan untuk persembahan atau sebarang upacara khas yang diadakan oleh masyarakat Orang Asli yang tinggal di dalam Kawasan Felcra Sri Makmur. Antara persembahan atau upacara tersebut ialah upacara pengubatan cara tradisional, perkahwinan, kenduri-kendara dan termasuk juga tarian tradisional "bersewang" dan lain-lain.