Selamat datang ke Homestay Felcra Sri Makmur. Kami menyediakan 28 buah rumah penempatan untuk semua pelancong atau pelawat yang inginkan kelainan di dalam percutian mahupun dari segi tempat untuk mengadakan sebarang rancangan program. Di kawasan Homestay ini terdapat pelbagai kemudahan yang sangat membantu para pelancong dan pelawat yang menginap di sini contohnya kemudahan Klinik Desa, Masjid, Dewan Orang Ramai, Gelanggang Bola Tampar @ Futsal Mini, Gelanggang Sepak Takraw, Padang Bola, pelbagai pilihan Restoran dan tidak ketinggalan Medan Infodesa sebagai perantara teknologi serta memberikan kemudahan wifi kepada semua.
Faktor kedudukan yang strategik ditengah-tengah kawasan riadah yang terkenal serta jauh daripada kesibukan kota, pengunjung memang akan teruja dengan suasana pagi di kampung yang kaya dengan embun pagi yang bersih serta udara tidak tercemar.
Jika pengunjung ingin bersantai bersama keluarga dengan mengadaptasi keindahan panorama di Tasik Chini yang terkenal dengan lagenda Naga Seri Gumum dengan pengalaman menaiki bot selama beberapa jam yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Perjalanan ke Jeti Bot Kg Belimbing hanya 15minit sahaja.
Jika anda merancang untuk percutian ke Taman Tema Air Gambang (Gambang Water Park), kos penginapan yang kami tawarkan sangat berpatutan daripada yang terdapat di sana. Perjalanan ke Taman Tema hanya mengambil masa 30minit sahaja.
Bagi penggemar sukan lasak seperti kenderaan pacuan 4 roda, destinasi cadangan kami ialah ke Air Terjun Bekelah yang terletak lebih kurang 1 jam 30minit perjalanan dengan kenderaan pacuan 4 roda.
Destinasi terhampir dengan kami ialah Kawasan Air Terjun Lata Mentagan yang hanya mengambil masa perjalanan selama 10minit sahaja. Sangat sesuai untuk tempat bersantai bersama keluarga dan salah satu tempat sukan lasak basikal bukit.
Destinasi yang agak menarik untuk menghiburkan anak-anak setelah penat belajar iaitu ke Taman Rusa (Deer Land) dan Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah (Elephant Sanctuary). Walaupun jaraknya memakan masa 2jam daripada Homestay Felcra Sri Makmur, anda sekeluarga akan dapat pengalaman memberi makan rusa, burung unta dan beruang dengan tiket yang sangat berpatutan. Sudah tentu anda sekeluarga tidak akan kecewa apabila boleh menunggang,memandikan dan melihat gajah-gajah secara dekat malah boleh menyentuh mereka dengan sepuas-puasnya tanpa SEBARANG BAYARAN kecuali anda berminat untuk memiliki barangan cenderahati.
Ada diantara para pengunjung yang mengunjungi kami buat kali kedua adalah kerana hidangan tradisi penduduk ditebing Sungai Pahang iaitu Ikan Patin Masak Tempoyak yang sangat menyelerakan ditambah pula jika dihidangkan bersama dengan sambal tempoyak berulamkan petai segar.
Pais Ikan Talapia segar juga seringkali mendapat permintaan daripada pengunjung yang pernah merasi kehebatannya. Amat jarang sekali hidangan seperti ini anda boleh jumpa ditempat lain, tetapi di Homestay Felcra Sri Makmur anda boleh memesan menu ini sebagai salah satu menu untuk makan malam atau sebagai menu utama hidangan BBQ.
No comments:
Post a Comment